Tuesday, May 14, 2013

Begitu Kuat Rahmat Anak...Apakah ia?




Andainya anda masih belum berkahwin atau mahu membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga,mahukah anda mengetahui apakah berkat anda menjaga kebajikan anak-anak anda( bakal anak)?. Saya telah menemui satu keratan hadis yang menerangkan salah satu rahsia keberkatan seorang anak. 

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.

Begitu besar bantuan daripada anak kita. Saya berharap agar zuriat saya kelak dapat membantu saya sekiranya saya "ditangguhkan" perjalanan menuju ke syurga. Amin



Siapakah Doa yang Tidak Ditolak?


Setelah saya membaca bahan ilmiah, mata saya terhenti pada keratan Hadis yang menerangkan 3 golongan yang tidak pernah ditolak doanya. Disini saya ingin berkongsikan hadis ini bersama anda


Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
" Doa 3 golongan yang tidak pernah ditolak ialah Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan Orang yang dizalimi. Allah mengangkat doa tersebut melalui awan pada hari kiamat dan dibukakan pintu-pintu langit untuknya. Allah berfirman, maksudnya : 'Demi kemuliaan-Ku, sesungguhnaya Aku akan menolongmu selepas beberapa tempoh.' "  (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Ingatlah wahai rakan-rakanku semua, amat mudah doa itu diterima sekiranya kita sentiasa tunduk dan mematuhi perintahnya dan sentiasa bertawakkal setelah usaha telah kita lakukan terlebih dahulu.