Monday, June 3, 2013

Jarak Antara Dunia Dan Akhirat Amatlah Hampir...Betulkah?



Salam sejahtera saudara dan saudari, semoga dirahmati Allah sentiasa. Saya ingin menceritakan betapa dekatnya dunia dan akhirat itu seumpama memejamkan mata. Satu kitab menceritakan kisah ini. Kisah ini diceritakan oleh Jabir Bin Abdullah :

Pada Suatu hari sewaktu hamba bersama baginda Nabi Muhammad s.a.w, datang secara tergesa-gesa lelaki berwajah bersih putih dan memakai pakaian yang putih. Dia menghampiri nabi dan menyampaikan salam serta satu soalan " Assalamualaikum wahai Rasulullah, apakah ertinya dunia ini? ". Hamba berasa pelik tetapi teruja mengetahui jawapan daripada baginda. Rasulullah pun menjawab " Dunia itu adalah impian orang yang tidur"

Sekali lagi lelaki misteri itu bertanyakan soalan ke-2, "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah ?". Jawab baginda " Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa'ir". Soalan bertali arus terus ditanyakan kepada Rasulullah.

Soalan seterusnya " Apakah Syurga itu?" Jawab Rasulullah " Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana itulah nilai Syurga".

Soalan seterusnya " Apakah Jahannam itu ?" Jawab Rasulullah " Jahannam itu adalah sebagai ganti Dunia bagi mereka yang mencarinya"

Soalan seterusnya " Siapah sebaik-baik umat itu ?" Jawab Rasulullah " Sebaik-baik umat itu ialah yang taat kepada Allah s.w.t "

Soalan seterusnya " Bagaimana yang dikatakan orang yang taat ?" Jawab Rasulullah " Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah (kumpulan,pasukan)"

Soalan seterusnya " Seberapakah ketentuan ta'at itu?" Jawab Rasulullah " Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah"

Soalan seterusnya menarik minat hamba, " Berapakah jarak jauhnya Dunia dan Akhirat?" Jawab Rasulullah "Hanya sekadar memejamkan mata sahaja"

Setelah soalan itu tadi, lelaki itu meminta diri dan beredar. Lalu Rasulullah bersabda " Orang lelaki itu tadi adalah malaikat Jibrail a.s dan dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari Dunia dan supaya kamu mencintai akhirat"





No comments:

Post a Comment