Sunday, February 17, 2013

3 Dunia 3 Pra-mati 3 Mati 3 Kiamat



Pada suatu ketika , semasa Rasullullah berbincang bersama-sama sahabat, beliau bersabda:

"Barang siapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 jenis hukuman yang amat dasyat kepadanya. Antaranya :

Semasa Di Dunia :

  1. Allah s.w.t menghilangkan berkat dari usahanya dan turut terkena kepada rezekinya
  2. Allah s.w.t mencabut NUR yang terdapat kepada orang mukmin
  3. Dia akan dibenci oleh orang-orang beriman
Semasa Hendak Mati :

  1. Ruh dicabut ketika ia berada di dalam keadaan yang sangat haus, diberi minum sebanyak air laut pun belum tentu ia puas
  2. Dia akan merasa tersangat pedih semasa ruh dicabut
  3. Dia akan diberi kerisauan kehilangan imannya
 Semasa Di Dalam Kubur :

  1. Amat susah menjawab soalan Mungkar dan Nakir dan berasa gerun melihat cara ditanya mereka
  2. Kuburnya akan menjadi sangat gelap
  3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuk bertemu
 Semasa Tiba Qiamat :

  1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
  2. Allah amat murka keatasnya
  3. Pastinya diseksa dengan api neraka yang paling dalam. 


Friday, February 15, 2013

Mimpi Buruk? Bagaimana tu?



Diceritan suatu ketika dahulu di zaman kegemilangan islam, dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. Manakala mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan. Jikalau sesiapa bermimpi sesuatu yang dibencinya, hendaklah ia meludah kekiri sebanyak 3 kali. Kemuadian mohon perlindungan daripada Allah, nescaya tidak akan datang sesuatu bahaya. Janganlah menceritakan mimpi buruk kepada sesiapa. Jikalau ada sesiapa yang bermimpi buruk hendaklah dia gembira dan jangan menceritakan kepada sesiapa kecuali orang yang disayangi.

Terdapat 3 jenis mimpi :

  1. Mimpi yang baik adalah khabar suka dari Allah s.w.t
  2. Mimpi yang menyedihkan atau menakutkan datangnya daripada syaitan
  3. Mimpi yang timbul disebabkan angan-angan atau khayalan dan sekiranya ia tidak menyenangkan, maka hendaklah bangun dan solat, jangan ceritakan kepada sesiapa.

99 Nama Allah..Masih Ingat :)


Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya masuk syurga."


(sumber dari youtube dan http://nama-anak-islam.trigyy.com)


AR-RAHMAN MAHA PEMURAH
AR-RAHIM MAHA PENGASIH
AL-MALIK MAHA AGUNG
AL-QUDDUS MAHA SUCI
AS-SALAM MAHA SELAMAT SEJAHTERA
AL-MUKMIN MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN
AL-MUHAIMIN MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
AL-AZIZ MAHA BERKUASA
AL-JABBAR MAHA KUAT
AL-MUTAKABBIR MAHA MEMILIKI KEBESARAN
AL-KHALIQ MAHA PENCIPTA
AL-BARI MAHA MENJADIKAN
AL-MUSAWWIR MAHA PEMBENTUK
AL-GHAFFAR MAHA PENGAMPUN
AL-QAHHAR MAHA MENENTUKAN
AL-WAHHAB MAHA PEMBERI
AR-RAZZAQ MAHA PEMBERI REZEKI
AL-FATTAH MAHA PEMBUKA
AL-ALIM MAHA MENGETAHUI
AL-QABIDH MAHA PENGEKANG
AL-BASIT MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT
AL-HAFIDD MAHA MERENDAHKAN
AR-RAFI’ MAHA MENINGGIKAN
AL-MU’IZ MAHA MEMULIAKAN
AL-MUZIL MAHA MENGHINAKAN
AS-SAMI’ MAHA MENDENGAR
AL-BASIR MAHA MELIHAT
AL-HAKAM MAHA PENGHUKUM
AL-‘ADL MAHA ADIL
AL-LATIF MAHA LEMBUT
AL-KHABIR MAHA MENGETAHUI
AL-HALIM MAHA PENYANTUN/SABAR
AL-‘AZIM MAHA AGUNG
AL-GHAFUR MAHA PENGAMPUN
ASY-SYAKUR MAHA BERSYUKUR
AL-‘ALIY MAHA TINGGI
AL-KABIR MAHA BESAR
AL-HAFIZ MAHA PEMELIHARA
AL-MUQIT MAHA PENJAGA
AL-HASIB MAHA PENGHITUNG
AL-JALIL MAHA SEMPURNA
AL-KARIM MAHA PEMURAH
AR-RAQIB MAHA MENGAWASI
AL-MUJIB MAHA MENGABULKAN
AL-WASI’ MAHA LUAS
AL-HAKIM MAHA BIJAKSANA
AL-WADUD MAHA MENGASIHANI
AL-MAJID MAHA MULIA
AL-BA’ITS MAHA MEMBANGKITKAN
ASY-SYAHID MAHA MENYAKSIKAN
AL-HAQ MAHA BENAR
AL-WAKIL MAHA PENTADBIR
AL-QAWIY MAHA KUAT
AL-WALIY MAHA PELINDUNG
AL-MATIN MAHA TEGUH
AL-HAMID MAHA TERPUJI
AL-MUHSI MAHA PENGHITUNG
AL-MUBDI MAHA MEMULAI
AL-MU’ID MAHA MENGEMBALIKAN
AL-MUHYI MAHA MENGHIDUPKAN
AL-MUMIT MAHA MEMATIKAN
AL-HAYY MAHA HIDUP
AL-QAYYUM MAHA BERDIRI SENDIRI
AL-WAJID MAHA PENEMU
AL-MAJID MAHA MULIA
AL-WAHID MAHA ESA
AL-AHAD MAHA ESA (SATU)
AS-SAMAD TEMPAT BERGANTUNG
AL-QADIR MAHA BERUPAYA
AL-MUKTADIR MAHA BERKUASA
AL-MUKADDIM MAHA MENYEGERAKAN
AL-MUAKHIR MAHA MENGAKHIRKAN
AL-AWWAL YANG PERTAMA
AL-AKHIR YANG AKHIR
AZ-ZAHIR YANG ZAHIR
AL-BATIN YANG BATIN
AL-WALI YANG MEMERINTAH
AL-MUTA’ALI MAHA TINGGI & MULIA
AL-BARR MAHA BAIK
AT-TAWWAB MAHA PENERIMA TAUBAT
AL-MUNTAQIM MAHA PENGHUKUM
AL-‘AFUW MAHA PEMAAF
AR-RAUF MAHA BELAS KASIHAN
MALIKUL-MULK MAHA PEMILIK KERAJAAN
DZUL-JALALI MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
AL-MUQSIT PEMILIK KEADILAN
AL-JAMI’ MAHA MENGUMPULKAN
AL-GHANIY MAHA KAYA
AL-MUGHNI YANG MAHA MEMAKMURKAN
AL-MANI’ MAHA PENCEGAH
AD-DARR MAHA MENDATANGKAN
AN-NAFI’ YANG MEMBERI MANFAAT
AN-NUR MAHA PEMBERI CAHAYA
AL-HADI MAHA PEMBERI PETUNJUK
AL-BADI’ MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
AL-BAQI MAHA KEKAL
AR-WARITS MAHA MEWARISI
AR-RASYID MAHA PEMBERI PETUNJUK
AS-SABUR MAHA PENYABAR

Alangkah Baiknya Sekiranya Memaafkan


عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : (( مَا خُيِّرَ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَالَمْ يَكُنْ إِثماً فَإِنْ كَانَ إثماً كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ للهِ صلى الله عليه وسلم لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ بِهَا(( رواه البخاري
Dari Aisyah  bahwasanya ia berkata: “Tidaklah Rasul s.w.a diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda saw mengambil yang paling mudah selama mana bukan dosa. Jika ianya berdosa maka baginda saw adalah manusia yang paling jauh dari dosa. Dan tidaklah Rasulullah  membalas dendam melainkan jika kehormatan Allah dirosakkan maka baginda saw membalaskannya kerana Allah” (HR Bukhari)


Daripada hadis diatas, dapat kita fahami betapa perlunya kita memupuk sikap memafkan antara insan tidak kira berlainan agama atau seagama sekiranya berlaku salah faham melainkan ia menyentuh mengenai tuhan yang Esa. Memang sukar untuk kita mencontohi sifat nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, tetapi kita boleh cuba setidak-tidaknya memaafkan dengan hati yang ikhlas. Kita sebagai manusia yang diciptakan oleh tuhan tidaklah bersifat sempurna. Kadangkala kita ada melakukan kesalahan antara sedar dan tidak sedar. Oleh yang demikian sekiranya kita seorang insan muslim atau muslimahyang memahami konsep ini, maka sifat memaafkan itu amat mudah untuk dilaksanakan.

Begitu juga dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 263 bermaksud,

“Pemberian yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun.”


Oleh yang demikian sekiranya kita menerima permohonan maaf daripada individu yang melakukan kesalahan terhadap diri kita, eloklah dimaafkan. Insyaallah, ada hikmah yang bakal kita perolehi kelak. Sesungguhnya Allah mengetahui tentang perkara yang diluar jangkauan akal kita.




Monday, February 4, 2013

4 langkah Seorang Alim Ditipu Iblis,






Disuatu ketika di zaman kegemilangan islam, terdapat seorang alim daripada golongan Bani Israel yang sangat kuat beribadah, diberi nama BASHISHA. Kealimannya telah tersebar keseluruh tanah arab sehinggakan berduyun-duyun orang datang untuk menuntut ilmu darinya. Hebatnya ilmu perguruannya sehinggakan anak muridnya boleh terbang ke angkasa. Masyaallah!,  

Di satu tempat jauh daripada bashisha, malaikat-malaikat telah berkumpul dan membincangkan betapa alim dan penuh sakti bashisha. Tiba-tiba Allah memberitahu kepada malaikat itu " Wahai para malaikat, sesungguhnya Aku lebih mengetahui nasib bashisha di masa mendatang, ketahuilah sesungguhnya dia yang kamu kagumi itu akhirnya akan mati sebagai seorang kafir".

Kebetulan ketika itu, iblis berada di situ dan mula tersenyum memikirkan nasib seorang alim sudah berada di genggamannya. Lalu iblis mula memulakan percaturannya untuk menyesatkan si alim bashisha. Bagaimana agaknya bashisha boleh dihasut sehingga menjadi kafir?. 

"Assalamualaikum" iblis memberi salam.
"Waalaikumsalam, siapakah gerangan tuan hamba?" jawab bashisha
"Saya ingin sangat berguru dengan tuan" iblis mula memasang mata kailnya.
"Silakan, saya menerima sesiapa sahaja yang ingin mengabdikan diri kepada Allah" balas bashisha tanpa mengetahui siapakah sebenarnya dihadapannya itu.

Setelah diterima oleh bashisha, iblis mula berpura-pura tekun beribadah selama 3 hari dan 3 malam tampa meyentuh makanan dan minuman.  Bashisha mula berasa kagum melihat bagaimana iblis beridadah. Malah lebih hebat daripadanya. Hati bashisha mula ingin mengetahui bagimana anak muridnya ini melakukannya.

" Wahai anak muridmu, hebat sungguh cara ibadahmu, aku yang sudah beribadah selama 220 tahun pun belum boleh melakukan seperti apa yang kamu lakukan. Bagaimana kamu lakukan?" tanya bashisha

" Tidak ada apa-apa istimewanya cara saya beribadah wahai guruku, mungkin cara hidupku sebelum ini yang menjadikan aku dapat merasakan kemanisan beribadah kepada tuhan" jawab iblis yang mula berasa gembira melihat bashisha menumpukan perhatian kepada jawapannya.

" Dulu sebelum saya berjumpa tuam guru, saya seorang pemabuk dan  pencuri. saya juga pernah melakukan maksiat dan membunuh. Ia sudah menjadi kebiasaan di dalam hidup saya. Sehingga suatu hari saya ditimpa kecelakaan berupa sakit yang amat tenat. Ketika itu hamba bertaubat dan dengan izin Allah saya sembuh daripada penyakit. Oleh kerana itu saya dapat merasakan betapa manis dan nikmatnya beribadah sehinggakan tidak sedar makan dan minum" jawab iblis. Tipu helahnya mula dipasang.

" Berbeza bagi seseorang seperti tuan guru yang tidak pernah melakukan sebarang dosa, kenikmatan beribadah tuan guru tidak seperti saya" perangkap pertama iblis berjaya dipasang

"Oh, begitu hebat perjalanan hidupmu, ada benarnya bicaramu wahai anak muridku. Mungkin aku perlu melalui sepertiapa yang telah kamu lalui untuk aku mencapai kenikmatan beribadah" jawab bashisha.

"Saya fikir itulah kuncinya. Manisnya ibadah itu setelah dapat merasakan pahitnya melakukan maksiat, inginkah tuan guru mencubanya?" perangkap kedua berjaya dilaksana.

"Apakah cadangan kamu? apakah yang perlu aku lakukan?" bashisha bertanya.

" Bagaimana tuan guru berzina?" cadangan pertama iblis

"Oh tidak sekali!" jawab bashisha

" Bagaimana tuan guru membunuh?" cadangan kedua iblis

"Oh tidak sekali!" jawab bashisha

"Bagaimana tuan guru meminum arak?" cadangan ketiga iblis, kali ini iblis memujuk dengan lebih bersungguh-sungguh.

"Baiklah, tolong carikan aku kedai arak yang jauh daripada bandar, tempat orang yang tidak mengenaliku lebih baik" kata bashish.

Lalu iblis membawa bashisha ke suatu kedai arak. Di kedai itu, terdapat seorang pelayan wanita yang sangat cantik yang mengusahakan kedai itu bersama-sama suaminya. Lalu dihidangkan kepada bashisha minuman "syaitan" itu. Bashisha mula meminumnya. Iblis mula tersenyum gembira.Perangkap ketiga sudah berjaya.

Bashisha mula mabuk dan timbul perasaan berahi kepada pelayan wanita itu. Lalu dia mula merentap tangan wanita itu dan megoyakkan pakaiannya. Bashisha merogol wanita itu tanpa belas kasihan. Suami wanita yang melihat kejadian itu cuba menghalang bashisha. Bashisha yang marah bagaikan orang gila telah membunuh suami wanita itu. astagfiruallah!

Iblis terus ke istana dan menyamar sebagai manusia. Iblis telah memberitahu raja mengenai perilaku bashisha. Raja yang terkejut dengan berita itu telah memerintahkan bashisha ditangkap. Setelah telah dibuktikan kesalahannya, bashisha telah dijatuhkan hukuman salib di khalayak ramai.

Ketika saat hukuman hendak dijatuhkan, iblis muncul dihadapan bashisha

" Adakah tuan guru mahu pertolongan saya?" tanya iblis

" Ya, tolonglah aku dari hukuman ini. Aku sanggup lakukan apa sahaja" jawab bashisha

" Baiklah tuan guru hanya perlu menundukkan kepala kepada saya" kata iblis dan perangkap terakhir iblis untuk bashisha.

Setelah bashisha tunduk, malaikat maut terus mencabut nyawanya dan akhirnya matilah dia di dalam keadaan kafir. Di satu sudut, iblis ketawa berdekah-dekah.hahahahaha!