عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت : (( مَا خُيِّرَ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَمْرَيْنِ إِلاَّ أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا مَالَمْ يَكُنْ إِثماً فَإِنْ كَانَ إثماً كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ، وَمَا انْتَقَمَ رَسُوْلُ للهِ صلى الله عليه وسلم لِنَفْسِهِ إِلاَّ أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ بِهَا(( رواه البخاري
Dari Aisyah bahwasanya ia berkata: “Tidaklah Rasul s.w.a
diberikan pilihan antara dua perkara melainkan baginda saw mengambil
yang paling mudah selama mana bukan dosa. Jika ianya berdosa maka
baginda saw adalah manusia yang paling jauh dari dosa. Dan tidaklah
Rasulullah membalas dendam melainkan jika kehormatan Allah dirosakkan maka baginda saw membalaskannya kerana Allah” (HR Bukhari)
Daripada hadis diatas, dapat kita fahami betapa perlunya kita memupuk sikap memafkan antara insan tidak kira berlainan agama atau seagama sekiranya berlaku salah faham melainkan ia menyentuh mengenai tuhan yang Esa. Memang sukar untuk kita mencontohi sifat nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, tetapi kita boleh cuba setidak-tidaknya memaafkan dengan hati yang ikhlas. Kita sebagai manusia yang diciptakan oleh tuhan tidaklah bersifat sempurna. Kadangkala kita ada melakukan kesalahan antara sedar dan tidak sedar. Oleh yang demikian sekiranya kita seorang insan muslim atau muslimahyang memahami konsep ini, maka sifat memaafkan itu amat mudah untuk dilaksanakan.
Begitu juga dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 263 bermaksud,
“Pemberian yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun.”
Oleh yang demikian sekiranya kita menerima permohonan maaf daripada individu yang melakukan kesalahan terhadap diri kita, eloklah dimaafkan. Insyaallah, ada hikmah yang bakal kita perolehi kelak. Sesungguhnya Allah mengetahui tentang perkara yang diluar jangkauan akal kita.
No comments:
Post a Comment