Sunday, June 9, 2013

Sunnah Mengetahui Bulan Islam : SYAWAL


SYAWAL


Bulan Syawal merupakan bulan ke 10 dalam Takwim Hijrah.Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan hari raya 'Idil Fitri atau Aidil Fitri sebagai perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya iaitu bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri adalah pemberian Allah SWT kepada hambanya. Bulan ini dikatakan sebagai bulan yang istimewa untuk umat Islam. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat selama enam hari.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut.  Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."     
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.   
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah


Antara fadilat puasa sunat 6 Syawal : 


Puasa Hari Pertama 


-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s. 

Puasa Hari Kedua 


-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s. 
-keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu. 

Puasa Hari Ketiga 


-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s. 
-sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga. 

Puasa Hari Keempat 


-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s. 

Puasa Hari Kelima 


-mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s. 
-menyamai berpuasa sepanjang tahun 

Puasa Hari Keenam 


-mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w. 
-jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat. 





No comments:

Post a Comment