Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Daripada Jabir RA katanya Rasulullah SAW apabila pergi untuk
menunaikan sembahyang hari raya melalui satu jalan dan balik melalui
jalan yang lain.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam
sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda
bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir
daripada bulan Ramadhan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku serta
berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang
Islam.
(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”.
Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu
semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh
keberkatan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang
berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta
mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah
lepas.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)