Sunday, July 19, 2015
KISAH HAMBA ALLAH MEMADAMKAN KEBAKARAN DENGAN KAIN SELENDANG
Sesungguhnya golongan manusia yang dikasihi Allah seperti wali Allah berada di kelas tersendiri dimana mereka ini diberikan kelebihan oleh Allah. Mereka dapat menggunakan kekeramatan pada waktu kesusahan dan bahaya. Walaubagaimanapun, mereka ini tidak akan menunjuk-menunjuk kerana percaya semua ini adalah rahmat daripada Allah. Para sahabat Rasulullah s.a.w juga mempunyai kelebihan ini.
Pada zaman Khalifah Umar Bin Al-0Khattab sering terjadi kebakaran yang memusnahkan banyak harta benda. Umat islam membuat aduan kepada Khalifah mengenai musibah yang perit menimpa mereka. Pada ketika itu tiada pasukan bomba yang boleh memadamkan api dengan pantas, apa yang beliau lakukan?
Kerana beliau melihat masalah itu terlalu serius, Khalifah tidak mahu mengecewakan pengadu tersebut. Khalifah terus membuka serban yang dililit dibahunya dan diberikan kepada pembantunya. Beliau berkata " Sila ambil selendang ini,apabila ada kebakaran , maka letakkan selendang ini dimukamu dan berkatalah wahai api, ini selendang Khalifah Umar Bin Al-Khattab"
Pembantunya menyimpan amanat yang diberikan oleh Khalifah. Pada suatu hari, berlakunya lagi kebakaran yang amat dasyat di suatu tempat di kawasan kampung, berlarilah pembantu itu ke kawasan tersebut dan melakukan seperti yang dinasihat oleh Khalifah. Api tersebut terus padam. Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment