Sesiapa yang menjumpa Nur Dina Iman sila membuat laporan di balai polis berdekatan. Bantuan anda merupakan harapan yang amat besar kepada Ibunya. SEBARKAN !
Saturday, April 19, 2014
Sunday, March 16, 2014
Perompak Kepada Sufi
Terdapat hadis yang telah diriwayatkan oleh Luqman Hakim yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi bernama Fazil Bin Ayaz mempunyai latar belakang yang menarik yang tidak diketahui umum.Sebelum dia menjadi seorang yang taat dan bertaqwa kepada Allah, Fazil adalah ketua kumpulan perompak. Kerjayanya sebagai perompak sepenuh masa tidak menghalang beliau untuk melakukan solat setiap hari tanpa meninggalkannya. Malah rukun islam semuanya dipatuhi dan pemakaiannya seperti orang biasa sahaja.
Diriwayatkan pada suatu hari kumpulan yang dipimpin olehnya telah pergi menyerang sekumpulan kabilah yang baru pulang daripada berdagang. Fazil tidak menyertai serangan itu sebaliknya hanya memerhati daripada jauh. Tatkala kabilah itu ternampak sekumpulan perompak menyerang kearah mereka, lantas tanpa membuang masa ketua kabilah itu melarikan diri. Semasa melarikan diri, ketua kabilah ternampak Fazil yang kelihatan seperti orang yang baik, raut wajah yang tenang dan berpakaian tidak seperti orang yang jahat lalu meminta bantuannya:
"Tuan, tolonglah simpankan seluruh wang dan harta benda saya ini. Kami sedang dirompak oleh orang-orang jahat. Bila mereka itu sudah pergi dari sini, barulah aku akan mengambil semula barang ini".
Tiba-tiba kumpulan perompak itu menuju ke Fazil dan menyerahkan hasil rompakan. Ketua kabilah tu terkejut kerana tidak menyangka insan yang diamanahkan menjaga hartanya adalah ketua kumpulan perompak. Melihat keadaan wajah ketua kabilah itu yang keliru dan ketakutan, Fazil berkata dengan nada lembut:
"Jangan takut tuan, oleh kerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergamak hendak mengambil barang-barang tuan".
Dengan izin Allah tiba-tiba muncul seorang tua menaiki unta melintasi mereka sambil membaca sepotong ayat dari kitab suci Al-Quran:
"Orang yang berbuat jahat itu masih lagi mempunyai peluang untuk bertaubat daripada segala dosa-dosanya".
Sebaik Fazil mendengar ayat tersebut, satu rasa keinsafan meresap ke dalam jiwanya dan merasa itu satu petanda Allah masih membuka pintu taubat untuknya. Lalu dikumpulkan semua perompaknya lalu berkata :
" Wahai kawan-kawanku, ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa mulai hari ini aku tidak akan lagi melakukan kerja yang mungkar lagi dikeji oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku ingin bertaubat dan berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu".
Fazil cuba untuk memujuk ahli kumpulan perompak untuk turut sama bertaubat, walaubagaimanapun mereka menolak dan meninggalkan semua harta rampasan itu bersama-sama Fazil dan ketua kabilah dan pergi dari situ.
Terdapat seorang warga yahudi di dalam kumpulannya yang tidak mahu memaafkan tindakan Fazil lalu dia menyuruh Fazil melakukan 2 perkara dan setelah selesai baru dia memaafkannya. Pertama beliau meminta Fazil memindahkan bukit pasir ke suatu tempat. Dengan izin Allah, datang tiupan angin yang kuat lalu memindahkan bukit pasir itu ke lokasi lain. Keduanya dia meminta Fazil membawa guni yang berisi tanah liat daan memulangkan guni itu dengan gantian emas di dalamnya. Dengan izin Allah, tanah liat itu bertukar menjadi emas dan yahudi itu terkejut dan terduduk, lalu berkata:
" Sekarang tidak syak lagi bahawa engkau benar-benar telah bertaubat. Aku telah membaca di dalam kitab Taurat di mana seseorang yang benar-benar bertaubat di atas segala kesalahannya hasil dapat dilihat daripada 2 perkara. Pertama memerintahkan gunung-gunung bergerak dan menukarkan tanah liat kepada emas. Kebenaran taubatmu telah terbukti dan sesungguhnya engkau seorang yang baik dan mulia"
"Jangan takut tuan, oleh kerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergamak hendak mengambil barang-barang tuan".
Dengan izin Allah tiba-tiba muncul seorang tua menaiki unta melintasi mereka sambil membaca sepotong ayat dari kitab suci Al-Quran:
"Orang yang berbuat jahat itu masih lagi mempunyai peluang untuk bertaubat daripada segala dosa-dosanya".
Sebaik Fazil mendengar ayat tersebut, satu rasa keinsafan meresap ke dalam jiwanya dan merasa itu satu petanda Allah masih membuka pintu taubat untuknya. Lalu dikumpulkan semua perompaknya lalu berkata :
" Wahai kawan-kawanku, ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa mulai hari ini aku tidak akan lagi melakukan kerja yang mungkar lagi dikeji oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku ingin bertaubat dan berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu".
Fazil cuba untuk memujuk ahli kumpulan perompak untuk turut sama bertaubat, walaubagaimanapun mereka menolak dan meninggalkan semua harta rampasan itu bersama-sama Fazil dan ketua kabilah dan pergi dari situ.
Terdapat seorang warga yahudi di dalam kumpulannya yang tidak mahu memaafkan tindakan Fazil lalu dia menyuruh Fazil melakukan 2 perkara dan setelah selesai baru dia memaafkannya. Pertama beliau meminta Fazil memindahkan bukit pasir ke suatu tempat. Dengan izin Allah, datang tiupan angin yang kuat lalu memindahkan bukit pasir itu ke lokasi lain. Keduanya dia meminta Fazil membawa guni yang berisi tanah liat daan memulangkan guni itu dengan gantian emas di dalamnya. Dengan izin Allah, tanah liat itu bertukar menjadi emas dan yahudi itu terkejut dan terduduk, lalu berkata:
" Sekarang tidak syak lagi bahawa engkau benar-benar telah bertaubat. Aku telah membaca di dalam kitab Taurat di mana seseorang yang benar-benar bertaubat di atas segala kesalahannya hasil dapat dilihat daripada 2 perkara. Pertama memerintahkan gunung-gunung bergerak dan menukarkan tanah liat kepada emas. Kebenaran taubatmu telah terbukti dan sesungguhnya engkau seorang yang baik dan mulia"
Nabi Yunus A.S Dengan Kenderaan Perak
" Wahai rakyatku, barangsiapa diantara kamu dapat memberitahu aku dimana Nabi Yunus berada , maka aku akan menyerahkan kerajaan ini kepadanya dan aku sendiri akan hidup sebagai rakyat biasa"
Kemudian raja yang mengeluarkan kenderaan perak dan berkata:
"Beta telah pun menyediakan kenderaan perak ini untuk ditunggangi oleh sahabat beta Nabi Yunus. Beta akan membawa beliau mengelilingi kota dengan kenderaan ini".
Pada suatu hari Nabi Yunus a.s pulang ke kota. Sebaik sahaja baginda tiba ke kota tersebut, baginda bertemu dengan seorang gembala dan lalu bertanya kepadanya:
"Wahai pengembala, tolonglah dikhabarkan kepulanganku di kota",
Pengembala itu menjawab:
"Raja telah pun mengumumkan bahawa barangsiapa dapat memberitahu dimana tuan berada, beliau akan menyerahkan kerajaannya kepada orang itu, tetapi sekiranya ia palsu, dia akan dipancung ". terbayang ketakutan di wajah pengembala itu.
Nabi Yunus a.s pun menjawab:
"Percayalah engkau kepadaku sesungguhnya aku ini Nabi yunus, Sekiranya engkau masih kurang percaya,tanyalah kepadaku berkenaan ternakanmu"
Pengembala itu bersetuju dan bertanya kepada Nabi Yunus tentang berapakah jumlah ternakanya yang tidak mempunyai susu. Dengan kuasa Allah, Nabi Yunus dapat menjawab soalan dan pada masa yang sama Nabi Yunus a.s meletakkan telapak tangannya di perut kambing yang tidak bersusu, dengan izin Allah,keluar susu dengan banyaknya. Melihat mukjizat tersebut ,pengembala itu terus menuju ke istana dan memaklumkan berita gembira kepada raja.
Lalu raja terus membawa kenderaan perak ke tempat di mana Nabi Yunus berada. Setelah tiba, beliau telah menjemput Nabi Yunus a.s untuk menaiki kenderaan perak tersebut. Tiba-tiba, muncul Malaikat Jibrail dan memberi pesanan:
"Allah Yang Maha Mulia melarang sebarang hiasan ke atas nabi".
Mendengar kata-kata Malaikat Jibrail itu, Nabi Yunus a.s terus membatalkan niat untuk menaiki kenderaan perak dan hanya berjalan kaki menuju ke bandar.
Masjid Di Algeria
Masjid Besar Jemaa Kebir
Masjid Besar Algiers (Arab: الجامع الكبير, Jemaa Kebir) terletak di Algiers, Algeria. Masjid ini siap dibina pada tahun 1097 semasa pemerintahan Sultan Ali ibn Yusuf. Ia adalah salah satu daripada sedikit peninggalan dari senibina dinasti Almoravid. Menara masjid bertarikh 1324 dan dibina oleh Ziyyanid, seorang sultan dari Tlemcen. Galeri di luar masjid dibina pada tahun 1840. Pembinaannya dilakukan setelah pembinaan semula jalan disudahkan oleh Perancis. Masjid ini terletak di Rue de la Marine
Masjid DI Afghanistan
Masjid Pul-e Khishti
Masjid Pul-e Khishti ialah masjid terbesar di Kabul, Afghanistan. Terletak di Kabul lama, Masjid Pul-e Khishti boleh dikenali dengan kubah birunya yang besar. Masjid ini asalnya dibina pada akhir abad ke-18, tetapi telah dibina semula dan dibesarkan pada era Zahir Shah pada akhir 1960. Masjid ini telah rosak akibat rusuhan dan masjid ini juga adalah salah satu bangunan yang sedang dibaik pulih di kawasan itu
Monday, January 27, 2014
Kisah Burung Gagak Menolong Hamba Allah
Dikisahkan bahawa Ibrahim Bin Adham bertaubat setelah berlaku satu peristiwa semasa beliau sedang berburu. Setelah begitu lama berada diatas kudanya, dia pun berhenti dan mengeluarkan bekalan makanan yang telah disediakan olehnya sebelum keluar berburu . Tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang. Beliau terkaku melihat kejadian itu.
Melihat keadaan itu, Ibrahim Bin Adham pun menunggang kudanya semula dan terus mengejar burung gagak itu tadi. Burung gagak itu terus terbang ke gunung dan Ibrahim Bin Adham masih mengejarnya. Semasa mendaki gunung itu, beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang telah diikat tangan dan kakinya . Ibrahim Bin Adham berasa hairan dan terus bertanyakan kepada lelaki itu, " Bagaimana kamu boleh berkeadaan sebegini rupa?". Lelaki itu menjawab " Sebenarnya aku ini seorang pedagang yang telah dirompak . Mereka telah mencuri keseluruhan hartaku dan telah mengikat tangan dan kakiku. Aku ditinggalkan disini keseorangan dengan haus dan lapar. Setelah aku terseksa selama 7 hari , dengan izin Allah s.w.t seekor burung gagak telah dihantar olehNya. Burung ini selalu membawa makanan kepadaku , ia bertenggek diatas dadaku dan memotong roti dengan paruhnya dan menyuapkan ia kepadaku. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak membiarkan aku kelaparan "
Ibrahim Bin Adham terus merasa insaf dan bertaubat. Setelah pulang ke rumah, beliau terus menanggalkan pakaian kebesaran dan memerdekakan hamba-hambanya,mewakafkan semua tanahnya dan hanya membawa tongkat, beliau menuju ke Madinah tanpa membawa sebarang bekal. Dengan izin Allah beliau selamat tiba tanpa merasa lapar. Subhanaallah
Perisai Api Neraka ? Seorang Anak
Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
sumber diperolehi daripada http://www.islam.gov.my/e-hadith
Orang Mukmin Yang Kuat ?
Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.”
sumber diperolehi daripada http://www.islam.gov.my/e-hadith
Kemanisan Iman
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memiliki tiga perkara nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman, iaitu bahawa dia mengasihi Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka”.
sumber diperolehi daripada http://www.islam.gov.my/e-hadith
Friday, January 17, 2014
Manusia Selepas Keluar Dari Neraka....Bagaimana?
Pernahkah anda terfikir, apakah nasib manusia yang telah habis dicuci dosanya dan dikeluarkan daripada Neraka? Apakah akan terjadi pada mereka ini?. Di Neraka tidak ada setitik air pun yang dapat diperolehi semasa menjalani siksaan dsyat akibat dosa-dosa mereka yang dilakukan. Siksaan api yang sangat panas dan di kelilingi binatang berbisa sudah cukup mengga,mbarkan keperitan penghuni-penghuninya.
Setelah cukup tempoh masa siksaan, mereka akan di keluarkan daripada Neraka. Mereka akan diberikan secawan air "kausar" yang diberikan oleh anak-anak mereka yang telah lama menuggu pembebasan ibu bapanya. Setelah meminum air tersebut, maka segarlah tubuh badan mereka. Ketika itu, tangisan penyesalan mengalir dicelah mata-mata mereka dan bersyukur kerana dosa-dosa mereka telah diampunkan.
Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w mengurniakan mereka syafaat dan memimpin mereka menuju ke Syurga untuk menikmati nikmat yang Allah telah janjikan. Sebelum mereka masuk ke dalam Syurga, mereka yang ketika itu hitam legam kerana telah lama di dalam Neraka , Allah menitahkan malaikat Jibrail membawa mereka membersihkan tubuh badan mereka dengan menyelam ke dalam telaga "Bahrul Hayat". Setelah mereka keluar daripada telaga tersebut, dengan izin Allah, bercahaya dan cantik wajah mereka dan haruman semerbak keluar daripada tubuh. Ketika inilah awet muda yang sebenar dapat dirasai,bukan seperti di dunia.
Mereka kemudiannya diberikan persalinan yang indah dan diiringi oleh anak-anak mereka menuju ke syurga. Di dalam syurga ini, mereka disambut dengan pelukan dan kegembiraan kerana mereka telah menjadi penghuni tetap. walaubagaimanapun, bekas penghuni Neraka ini masih berasa malu kerana di dahi mereka masih tertulis "Penghuni Neraka". Nabi Muhammad telah berdoa kepada Allah memohon dihilangkan tulisan di dahi mereka ini. Permintaannya diperkenankan dan Allah memerintahkan sekali lagi malaikat Jibrail menghantar sebiji telur kepada setiap banduan dan mengarahkan banduan Neraka ini menyapukan putih telur bersama bedak ke dahi mereka. Alhamdulillah, dengan izinNya, hilanglah tanda "Penghuni Neraka" dari dahi mereka. Kini mereka dapat menjalani kehidupan yang abadi, penuh dengan zat dan kenikmatan di dalam Syurga Allah. Segala Puji bagiNya, tuhan sekalian alam.
Thursday, January 16, 2014
Bagaimana Azan Bermula?
Bagaimana bermulanya azan? Kisah sejarah ini bermula ketika kaum muslimin telah berhijrah ke Madinah. Selepas mereka mengerjakan solat berjemaah yang di imamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, mereka berkumpul dan bermusyawarah untuk membincangkan bagaimana untuk memanggil umat muslimin bersolat dan memberitahu waktu solat telah masuk. hasil perbincangan ini, ada beberapa pendapat dicadangkan seperti membunyikan loceng dan meniup seruling. (alhamdulillah cadangan ini tidak di persetujui)
Sahabat nabi, Umar r.a bangun dan berkata" Bukankah lebih elok jika menyuruh seseorang untuk mengerjakan solat? ". Lalu Nabi Muhammada berkata kepada Bilal r.a " wahai Bilal, berdirilah kamu dan panggillah orang untuk mengerjakan solat".
Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada bilal bagaimana azan patut dikumandangkan. Begitulah bagaimana ia bermula dan sehingga kini legasi laungan azan tidak putus di seluruh dunia. Amin
Tahukah Apakah Hadith Qudsi ?
Assalamualaikum saudara dan saudari pembaca. Saya ingin menerangkan apakah itu Hadith Qudsi. Mengikut perkhabaran Ulama menerangkan Hadith Qudsi ialah perkataan nabi yang disebutkan dengan mengatakan Allah Berkata, dan ia disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.
Untuk mudah memahami maksud tadi, ia merupakan titah Allah yang disampaikan kepada nabi di mana beliau di dalam keadaan bermimpi atau secara ilham. Seterusnya nabi akan menerangkannya kepada umatnya secara ibarat atau menggunakan perkataan sendiri dengan menyandarkan kepada Allah.
Rasulullah pernah bersabda :
" Firman Allah Ta'ala : Aku menuntut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku "
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Perkongsian Ilmu Untuk 2014...HADITH 40
Assalamualaikum dan semoga anda diberi rahmat sepanjang hari. Pada tahun baru ini, saya mengambil inisiatif untuk sama-sama merungkai dan berkongsi Hadith 40 bersama pembaca disayangi. Saya menerima sebarang teguran dan nasihat sekiranya berlaku kesilapan kerana kita insan lemah di muka bumi Allah tidak terhindar daripada melakukan kesilapan. Saya juga menganggap ini salah satu Jihad saya kejalan Allah. Tidak mampu dengan pedang mahupun pistol, hanya jari yang menaip sahaja senjata saya. Semoga pembaca semua mendapat kebaikan daripada usaha ikhlas saya ini. Saya juga memohon saudara dan saudari pembaca, boleh memberikan sedikit masa untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan arwah ibu tercinta saya, Halipah Bt Othman semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)