" Wahai rakyatku, barangsiapa diantara kamu dapat memberitahu aku dimana Nabi Yunus berada , maka aku akan menyerahkan kerajaan ini kepadanya dan aku sendiri akan hidup sebagai rakyat biasa"
Kemudian raja yang mengeluarkan kenderaan perak dan berkata:
"Beta telah pun menyediakan kenderaan perak ini untuk ditunggangi oleh sahabat beta Nabi Yunus. Beta akan membawa beliau mengelilingi kota dengan kenderaan ini".
Pada suatu hari Nabi Yunus a.s pulang ke kota. Sebaik sahaja baginda tiba ke kota tersebut, baginda bertemu dengan seorang gembala dan lalu bertanya kepadanya:
"Wahai pengembala, tolonglah dikhabarkan kepulanganku di kota",
Pengembala itu menjawab:
"Raja telah pun mengumumkan bahawa barangsiapa dapat memberitahu dimana tuan berada, beliau akan menyerahkan kerajaannya kepada orang itu, tetapi sekiranya ia palsu, dia akan dipancung ". terbayang ketakutan di wajah pengembala itu.
Nabi Yunus a.s pun menjawab:
"Percayalah engkau kepadaku sesungguhnya aku ini Nabi yunus, Sekiranya engkau masih kurang percaya,tanyalah kepadaku berkenaan ternakanmu"
Pengembala itu bersetuju dan bertanya kepada Nabi Yunus tentang berapakah jumlah ternakanya yang tidak mempunyai susu. Dengan kuasa Allah, Nabi Yunus dapat menjawab soalan dan pada masa yang sama Nabi Yunus a.s meletakkan telapak tangannya di perut kambing yang tidak bersusu, dengan izin Allah,keluar susu dengan banyaknya. Melihat mukjizat tersebut ,pengembala itu terus menuju ke istana dan memaklumkan berita gembira kepada raja.
Lalu raja terus membawa kenderaan perak ke tempat di mana Nabi Yunus berada. Setelah tiba, beliau telah menjemput Nabi Yunus a.s untuk menaiki kenderaan perak tersebut. Tiba-tiba, muncul Malaikat Jibrail dan memberi pesanan:
"Allah Yang Maha Mulia melarang sebarang hiasan ke atas nabi".
Mendengar kata-kata Malaikat Jibrail itu, Nabi Yunus a.s terus membatalkan niat untuk menaiki kenderaan perak dan hanya berjalan kaki menuju ke bandar.
No comments:
Post a Comment