Sunday, March 16, 2014

Perompak Kepada Sufi


Terdapat hadis yang telah diriwayatkan oleh Luqman Hakim yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi bernama Fazil Bin Ayaz mempunyai latar belakang yang menarik yang tidak diketahui umum.Sebelum dia menjadi seorang yang taat dan bertaqwa kepada Allah, Fazil adalah ketua kumpulan perompak. Kerjayanya sebagai perompak sepenuh masa tidak menghalang beliau untuk melakukan solat setiap hari tanpa meninggalkannya. Malah rukun islam semuanya dipatuhi dan pemakaiannya seperti orang biasa sahaja.

Diriwayatkan pada suatu hari kumpulan yang dipimpin olehnya telah pergi menyerang sekumpulan kabilah yang baru pulang daripada berdagang. Fazil tidak menyertai serangan itu sebaliknya hanya memerhati daripada jauh. Tatkala kabilah itu ternampak sekumpulan perompak menyerang kearah mereka, lantas tanpa membuang masa ketua kabilah itu melarikan diri. Semasa melarikan diri, ketua kabilah ternampak Fazil yang kelihatan seperti orang yang baik, raut wajah yang tenang dan berpakaian tidak seperti orang yang jahat lalu meminta bantuannya:
"Tuan, tolonglah simpankan seluruh wang dan harta benda saya ini. Kami sedang dirompak oleh orang-orang jahat. Bila mereka itu sudah pergi dari sini, barulah aku akan mengambil semula barang ini".

Tiba-tiba kumpulan perompak itu menuju ke Fazil dan menyerahkan hasil rompakan. Ketua kabilah tu terkejut kerana tidak menyangka insan yang diamanahkan menjaga hartanya adalah ketua kumpulan perompak. Melihat keadaan wajah ketua kabilah itu yang keliru dan ketakutan, Fazil berkata dengan nada lembut:
"Jangan takut tuan, oleh kerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergamak hendak mengambil barang-barang tuan".

Dengan izin Allah tiba-tiba muncul seorang tua menaiki unta melintasi mereka sambil membaca sepotong ayat  dari kitab suci Al-Quran:
"Orang yang berbuat jahat itu masih lagi mempunyai peluang untuk bertaubat daripada segala dosa-dosanya".

Sebaik Fazil mendengar ayat tersebut, satu rasa keinsafan meresap ke dalam jiwanya dan merasa itu satu petanda Allah masih membuka pintu taubat untuknya. Lalu dikumpulkan semua perompaknya lalu berkata :
" Wahai kawan-kawanku, ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa mulai hari ini aku tidak akan lagi melakukan kerja yang mungkar lagi dikeji oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku ingin bertaubat dan berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu".

Fazil cuba untuk memujuk ahli kumpulan perompak untuk turut sama bertaubat, walaubagaimanapun mereka menolak dan meninggalkan semua harta rampasan itu bersama-sama Fazil dan ketua kabilah dan pergi dari situ.

Terdapat seorang warga yahudi di dalam kumpulannya yang tidak mahu memaafkan tindakan Fazil lalu dia menyuruh Fazil melakukan 2 perkara dan setelah selesai baru dia memaafkannya. Pertama beliau meminta Fazil memindahkan bukit pasir ke suatu tempat. Dengan izin Allah, datang tiupan angin yang kuat lalu memindahkan bukit pasir itu ke lokasi lain. Keduanya dia meminta Fazil membawa guni yang berisi tanah liat daan memulangkan guni itu dengan gantian emas di dalamnya. Dengan izin Allah, tanah liat itu bertukar menjadi emas dan yahudi itu terkejut dan terduduk, lalu berkata:
" Sekarang tidak syak lagi bahawa engkau benar-benar telah bertaubat. Aku telah membaca di dalam kitab Taurat di mana seseorang yang benar-benar bertaubat di atas segala kesalahannya hasil  dapat dilihat daripada 2 perkara. Pertama memerintahkan gunung-gunung bergerak dan menukarkan tanah liat kepada emas. Kebenaran taubatmu telah terbukti dan sesungguhnya engkau seorang yang baik dan  mulia"


No comments:

Post a Comment