Sunday, March 16, 2014

Perompak Kepada Sufi


Terdapat hadis yang telah diriwayatkan oleh Luqman Hakim yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi bernama Fazil Bin Ayaz mempunyai latar belakang yang menarik yang tidak diketahui umum.Sebelum dia menjadi seorang yang taat dan bertaqwa kepada Allah, Fazil adalah ketua kumpulan perompak. Kerjayanya sebagai perompak sepenuh masa tidak menghalang beliau untuk melakukan solat setiap hari tanpa meninggalkannya. Malah rukun islam semuanya dipatuhi dan pemakaiannya seperti orang biasa sahaja.

Diriwayatkan pada suatu hari kumpulan yang dipimpin olehnya telah pergi menyerang sekumpulan kabilah yang baru pulang daripada berdagang. Fazil tidak menyertai serangan itu sebaliknya hanya memerhati daripada jauh. Tatkala kabilah itu ternampak sekumpulan perompak menyerang kearah mereka, lantas tanpa membuang masa ketua kabilah itu melarikan diri. Semasa melarikan diri, ketua kabilah ternampak Fazil yang kelihatan seperti orang yang baik, raut wajah yang tenang dan berpakaian tidak seperti orang yang jahat lalu meminta bantuannya:
"Tuan, tolonglah simpankan seluruh wang dan harta benda saya ini. Kami sedang dirompak oleh orang-orang jahat. Bila mereka itu sudah pergi dari sini, barulah aku akan mengambil semula barang ini".

Tiba-tiba kumpulan perompak itu menuju ke Fazil dan menyerahkan hasil rompakan. Ketua kabilah tu terkejut kerana tidak menyangka insan yang diamanahkan menjaga hartanya adalah ketua kumpulan perompak. Melihat keadaan wajah ketua kabilah itu yang keliru dan ketakutan, Fazil berkata dengan nada lembut:
"Jangan takut tuan, oleh kerana tuan berbaik sangka terhadap saya, maka saya tidak tergamak hendak mengambil barang-barang tuan".

Dengan izin Allah tiba-tiba muncul seorang tua menaiki unta melintasi mereka sambil membaca sepotong ayat  dari kitab suci Al-Quran:
"Orang yang berbuat jahat itu masih lagi mempunyai peluang untuk bertaubat daripada segala dosa-dosanya".

Sebaik Fazil mendengar ayat tersebut, satu rasa keinsafan meresap ke dalam jiwanya dan merasa itu satu petanda Allah masih membuka pintu taubat untuknya. Lalu dikumpulkan semua perompaknya lalu berkata :
" Wahai kawan-kawanku, ketahuilah oleh kamu sekalian bahawa mulai hari ini aku tidak akan lagi melakukan kerja yang mungkar lagi dikeji oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya aku ingin bertaubat dan berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu".

Fazil cuba untuk memujuk ahli kumpulan perompak untuk turut sama bertaubat, walaubagaimanapun mereka menolak dan meninggalkan semua harta rampasan itu bersama-sama Fazil dan ketua kabilah dan pergi dari situ.

Terdapat seorang warga yahudi di dalam kumpulannya yang tidak mahu memaafkan tindakan Fazil lalu dia menyuruh Fazil melakukan 2 perkara dan setelah selesai baru dia memaafkannya. Pertama beliau meminta Fazil memindahkan bukit pasir ke suatu tempat. Dengan izin Allah, datang tiupan angin yang kuat lalu memindahkan bukit pasir itu ke lokasi lain. Keduanya dia meminta Fazil membawa guni yang berisi tanah liat daan memulangkan guni itu dengan gantian emas di dalamnya. Dengan izin Allah, tanah liat itu bertukar menjadi emas dan yahudi itu terkejut dan terduduk, lalu berkata:
" Sekarang tidak syak lagi bahawa engkau benar-benar telah bertaubat. Aku telah membaca di dalam kitab Taurat di mana seseorang yang benar-benar bertaubat di atas segala kesalahannya hasil  dapat dilihat daripada 2 perkara. Pertama memerintahkan gunung-gunung bergerak dan menukarkan tanah liat kepada emas. Kebenaran taubatmu telah terbukti dan sesungguhnya engkau seorang yang baik dan  mulia"


Nabi Yunus A.S Dengan Kenderaan Perak




Nabi di dalam senarai 25 nabi yang wajib kita ketahui, Nabi Yunus a.s merupakan nabi yang turut menerima dugaan dunia seperti yang lain. Diriwayatkan bahawa pada zamannya terdapat seorang raja yang mempunyai kenderaaan perak. Pada suatu hari, baginda telah mengambil keputusan hendak berburu ke dalam hutan. Tetapi sebelum baginda meneruskan perjalanannya, beliau telah berpesan kepada rakyatnya:
" Wahai rakyatku, barangsiapa diantara kamu dapat memberitahu aku dimana Nabi Yunus berada , maka aku akan menyerahkan kerajaan ini kepadanya dan aku sendiri akan hidup sebagai rakyat biasa"

Kemudian raja yang mengeluarkan kenderaan perak dan berkata:
"Beta telah pun menyediakan kenderaan perak ini untuk ditunggangi oleh sahabat beta Nabi Yunus. Beta akan membawa beliau mengelilingi kota dengan kenderaan ini".

Pada suatu hari Nabi Yunus a.s pulang ke kota. Sebaik sahaja baginda tiba ke kota tersebut, baginda bertemu dengan seorang gembala dan lalu bertanya kepadanya:
"Wahai pengembala, tolonglah dikhabarkan kepulanganku di kota",

Pengembala itu menjawab:
"Raja telah pun mengumumkan bahawa barangsiapa dapat memberitahu dimana tuan berada, beliau akan menyerahkan kerajaannya kepada orang itu, tetapi sekiranya ia palsu, dia akan dipancung ". terbayang ketakutan di wajah pengembala itu.

Nabi Yunus a.s pun menjawab:
"Percayalah engkau kepadaku sesungguhnya aku ini Nabi yunus, Sekiranya engkau masih kurang percaya,tanyalah kepadaku berkenaan ternakanmu"

Pengembala itu bersetuju dan bertanya kepada Nabi Yunus tentang berapakah  jumlah ternakanya yang tidak mempunyai susu. Dengan kuasa Allah, Nabi Yunus dapat menjawab soalan dan pada masa yang sama Nabi Yunus a.s meletakkan telapak tangannya di perut kambing yang tidak bersusu, dengan izin Allah,keluar susu dengan banyaknya. Melihat mukjizat tersebut ,pengembala itu terus menuju ke istana dan memaklumkan berita gembira kepada raja.

Lalu raja terus membawa kenderaan perak ke tempat di mana Nabi Yunus berada. Setelah tiba, beliau telah menjemput Nabi Yunus a.s untuk menaiki kenderaan perak tersebut. Tiba-tiba, muncul Malaikat Jibrail dan memberi pesanan:
"Allah Yang Maha Mulia melarang sebarang hiasan ke atas nabi".

Mendengar kata-kata Malaikat Jibrail itu, Nabi Yunus a.s terus membatalkan niat untuk menaiki kenderaan perak dan hanya berjalan kaki menuju ke bandar.


Masjid Di Algeria

Masjid Besar  Jemaa Kebir


Masjid Besar Algiers (Arab: الجامع الكبير‎, Jemaa Kebir) terletak di Algiers, Algeria. Masjid ini siap dibina pada tahun 1097 semasa pemerintahan Sultan Ali ibn Yusuf. Ia adalah salah satu daripada sedikit peninggalan dari senibina dinasti Almoravid. Menara masjid bertarikh 1324 dan dibina oleh Ziyyanid, seorang sultan dari Tlemcen. Galeri di luar masjid dibina pada tahun 1840. Pembinaannya dilakukan setelah pembinaan semula jalan disudahkan oleh Perancis. Masjid ini terletak di Rue de la Marine






Masjid DI Afghanistan

Masjid Pul-e Khishti

Masjid Pul-e Khishti ialah masjid terbesar di Kabul, Afghanistan. Terletak di Kabul lama, Masjid Pul-e Khishti boleh dikenali dengan kubah birunya yang besar. Masjid ini asalnya dibina pada akhir abad ke-18, tetapi telah dibina semula dan dibesarkan pada era Zahir Shah pada akhir 1960. Masjid ini telah rosak akibat rusuhan dan masjid ini juga adalah salah satu bangunan yang sedang dibaik pulih di kawasan itu