Thursday, January 16, 2014

Bagaimana Azan Bermula?


Bagaimana bermulanya azan? Kisah sejarah ini bermula ketika kaum muslimin telah berhijrah ke Madinah. Selepas mereka mengerjakan solat berjemaah yang di imamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, mereka berkumpul dan bermusyawarah untuk membincangkan bagaimana untuk memanggil umat muslimin bersolat dan memberitahu waktu solat telah masuk. hasil perbincangan ini, ada beberapa pendapat dicadangkan seperti membunyikan loceng dan meniup seruling. (alhamdulillah cadangan ini tidak di persetujui)

Sahabat nabi, Umar r.a bangun dan berkata" Bukankah lebih elok jika menyuruh seseorang untuk mengerjakan solat? ". Lalu Nabi Muhammada berkata kepada Bilal r.a " wahai Bilal, berdirilah kamu dan panggillah orang untuk mengerjakan solat".

Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada bilal bagaimana azan patut dikumandangkan. Begitulah bagaimana ia bermula  dan sehingga kini legasi laungan azan tidak putus di seluruh dunia. Amin





No comments:

Post a Comment