Friday, January 17, 2014

Manusia Selepas Keluar Dari Neraka....Bagaimana?


Pernahkah anda terfikir, apakah nasib manusia yang telah habis dicuci dosanya dan dikeluarkan daripada Neraka? Apakah akan terjadi pada mereka ini?. Di Neraka tidak ada setitik air pun yang dapat diperolehi semasa menjalani siksaan dsyat akibat dosa-dosa mereka yang dilakukan. Siksaan api yang sangat panas dan di kelilingi binatang berbisa sudah cukup mengga,mbarkan keperitan penghuni-penghuninya.


Setelah cukup tempoh masa siksaan, mereka akan di keluarkan daripada Neraka. Mereka akan diberikan secawan air "kausar" yang diberikan oleh anak-anak mereka yang telah lama menuggu pembebasan ibu bapanya. Setelah meminum air tersebut, maka segarlah tubuh badan mereka. Ketika itu, tangisan penyesalan mengalir dicelah mata-mata mereka dan bersyukur kerana dosa-dosa mereka telah diampunkan.

Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w mengurniakan mereka syafaat dan memimpin mereka menuju ke Syurga untuk menikmati nikmat yang Allah telah janjikan. Sebelum mereka masuk ke dalam Syurga, mereka yang ketika itu hitam legam kerana telah lama di dalam Neraka , Allah menitahkan malaikat Jibrail membawa mereka membersihkan tubuh badan mereka dengan menyelam ke dalam telaga "Bahrul Hayat". Setelah mereka keluar daripada telaga tersebut, dengan izin Allah, bercahaya dan cantik wajah mereka dan haruman semerbak keluar daripada tubuh. Ketika inilah awet muda yang sebenar dapat dirasai,bukan seperti di dunia.

Mereka kemudiannya diberikan persalinan yang indah dan diiringi oleh anak-anak mereka menuju ke syurga. Di dalam syurga ini, mereka disambut dengan pelukan dan kegembiraan kerana mereka telah menjadi penghuni tetap. walaubagaimanapun, bekas penghuni Neraka ini masih berasa malu kerana di dahi mereka masih tertulis "Penghuni Neraka". Nabi Muhammad telah berdoa kepada Allah memohon dihilangkan tulisan di dahi mereka ini. Permintaannya diperkenankan dan  Allah memerintahkan sekali lagi malaikat Jibrail menghantar sebiji telur kepada setiap banduan dan mengarahkan banduan Neraka ini menyapukan putih telur bersama bedak ke dahi mereka. Alhamdulillah, dengan izinNya, hilanglah tanda "Penghuni Neraka" dari dahi mereka. Kini mereka dapat menjalani kehidupan yang abadi, penuh dengan zat dan kenikmatan di dalam Syurga Allah. Segala Puji bagiNya, tuhan sekalian alam.


1 comment:

  1. The T-Shirt: 10 Best Titanium Shirts For Men
    The T-Shirt: 10 Best polished titanium Titanium Shirts For Men ford edge titanium for sale · 10. titanium exhaust T-Shirt.com t fal titanium · 9. T-Shirt.com · 8. T-Shirt.com · 7. T-Shirt.com · 6. T-Shirt.com babyliss pro titanium flat iron · 5. T-Shirt.com · 4. T-Shirt.com · 3.

    ReplyDelete