Monday, January 27, 2014

Kisah Burung Gagak Menolong Hamba Allah


Dikisahkan bahawa Ibrahim Bin Adham bertaubat setelah berlaku satu peristiwa semasa beliau sedang berburu. Setelah begitu lama berada diatas kudanya, dia pun berhenti dan mengeluarkan bekalan makanan yang telah disediakan olehnya sebelum keluar berburu . Tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang. Beliau terkaku melihat kejadian itu.

Melihat keadaan itu, Ibrahim Bin Adham pun menunggang kudanya semula dan terus mengejar burung gagak itu tadi. Burung gagak itu terus terbang ke gunung dan Ibrahim Bin Adham masih mengejarnya. Semasa mendaki gunung itu, beliau telah terserempak dengan seorang lelaki yang telah diikat tangan dan kakinya . Ibrahim Bin Adham berasa hairan dan terus bertanyakan kepada lelaki itu, " Bagaimana kamu boleh berkeadaan sebegini rupa?". Lelaki itu menjawab " Sebenarnya aku ini seorang pedagang yang telah dirompak . Mereka telah mencuri keseluruhan hartaku dan telah mengikat tangan dan kakiku. Aku ditinggalkan disini keseorangan dengan haus dan lapar. Setelah aku terseksa selama 7 hari , dengan izin Allah s.w.t  seekor burung gagak telah dihantar olehNya. Burung ini selalu membawa makanan kepadaku , ia bertenggek diatas dadaku dan memotong roti dengan paruhnya dan menyuapkan ia kepadaku. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak membiarkan aku kelaparan "

Ibrahim Bin Adham terus merasa insaf dan bertaubat. Setelah pulang ke rumah, beliau terus menanggalkan pakaian kebesaran dan memerdekakan hamba-hambanya,mewakafkan semua tanahnya dan hanya membawa tongkat, beliau menuju ke Madinah tanpa membawa sebarang bekal.  Dengan izin Allah beliau selamat tiba tanpa merasa lapar. Subhanaallah



No comments:

Post a Comment