Tuesday, January 29, 2013

Indahnya Perkahwinan..Tahniah Hidayah Azmi





Sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana sebuah masjid telah terbina kukuh di taman syurga yang bakal menyimpan seribu satu nikmat untuk pasangan bahagia. Sesungguhnya, perkahwinan itu adalah satu sunnah nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w yang dapat membentuk jati diri yang sempurna. Lelaki dan perempuan yang telah berkahwin akan dianugerahkan dengan tanggungjawab diri dengan pasangan, dengan Allah dan sesama muslim, dan sekiranya dikurniakan cahaya mata (insyaallah), maka tanggungjawab ke atas anak turut diselitkan bersama.

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36)


Walaupun saya belum lagi berkeluarga, saya pasti nikmat dapat bertemu pasangan yang "sedondon" dan serasi dalam semua perihal. Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia itu berpasangan dan menjadi tanggungjawab kita, hamba di dunia ini, mencari pasangan yang diredhainya. Sekiranya telah berjumpa, maka telah termakbullah doa hambanya yang memohon rencah manisan di dunia ini untuk mengemudi bahtera bahagia bersama-sama pasangannya ke jalan yang di redhai NYA.

Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)



 Di akhir nukilan ini, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasangan Norhidayah dan Zairulhisyam yang melangsungkan perkahwinan pada 26 januari 2013 . Semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menyinari disepanjang perjalanan hidup sebagai suami dan isteri.




Betapa Panasnya Api Neraka?

Semasa Allah menurunkan nabi pertama ke atas muka bumi, Nabi Adam a.s telah memohon api untuk kegunaan memasak. Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail  berjumpa malaikat Malik untuk mengambil api di neraka. Malaikat Jibrail berkata " Wahai rakanku Malik, kehadiran aku kerana Allah telh mengutuskan aku untuk mengambil api untuk kegunaan Nabi Adam". Malaikat Malik menjawab " Berapa banyak yang engkau mahukan?". Malaikat Jibrail menjawab " Aku memohon sebesar biji kurma". Malaikat Malik dengan nada tenang " Wahai rakanku, tahukah kamu sekiranya aku memberi api neraka sebesar biji kurma, maka musnahlah 7 petala langit dan bumi disebabkan panasnya api itu".

Malaikat Jibrail membalas " Sekiranya begitu, berilah kepada aku, separuh biji kurma". Sekali lagi malaikat Malik menjawab " Dengan jumlah yang engkau pohonkan itu, maka tidak ada setitik hujan  akan menyirami muka bumi, maka tanduslah bumi kerananya". Malaikat Jibrail memohon petunjuk daripada Allah, lalu Allah berfirman," ambillah sebesar biji sawi".

Malaikat Jibrail pun mengambil api tersebut lalu membasuhnya dengan 70 buah sungai di syurga. Kemudian barulah malaikat Jibrail meletakkan ia di atas gunung yang tinggi. Akibat panasnya api itu, gunung cair dan mengeluarkan asap sehingga sekarang. Segala puji bagi Allah !





Monday, January 28, 2013

NILAI SEBENAR KEINSAFAN


Betapa indahnya nikmat yang telah Allah berikan kepada semua umat manusia tidak kira putih, coklat, hitam mahupun kelabu warna kulit kita. Yang membezakan kita hanyalah iman yang kukuh kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai cabaran dan halangan kita tempuhi semasa kita hidup di dunia ini. Kadangkala jalan penyelesaian yang kita pilih tidak mengikut panduan al-quran dan Sunnah, tetapi mengikut akal fikiran semata-mata. Alangkah ruginya kita sebagai umat islam kerana tidak mengambil Al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita. Mungkin kita merasakan penyelesaian konsevatif lebih sesuai dipilih kerana ia lebih mudah difahami berbanding penyelesaian islam.  Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dituduh berzina, dia akan dikenakan hukuman denda mengikut nilai yang ditentukan oleh undang-undang dunia, kemuadian dilepaskan dengan harapan dia akan insaf dan tidak mengulanginya lagi. adakah kita pasti dia benar-benar insaf? adakah jumlah denda yang dibayar olehnya setimpal dengan dosa yang telah dilakukan?. Inilah persoalan yang harus difikirkan oleh kita sebagai umat islam. Pemikiran yang 'jahat' mengatakan hukuman allah tidak boleh dipraktikkan di zaman moden ini kerana ia nampak lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kemanusiaan yang bagaimana perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan hukum allah di masa ini? Apakah perspektif kejam hanya dilihat kepada hukuman yang diberikan kepada pesalah? bukan kepada keinsafan yang diperolehinya kemudian?. Persoalan inilah yang menjadi mainan manusia yang tidak mahu melihat perubahan berlaku berpandukan norma-norma hidup islam. Betapa jahatnya golongan yang me'nidakkan' hukuman allah ini. Mereka tidak sedar bahawa keinsafan dapat dibentuk di dalam diri setiap manusia hanya dengan Hukum Allah semata-mata.

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik (Maidah: 49). 


PAHLAWAN NERAKA (Kisah-Kisah Muslimin Dan Muslimah Siri 2)


Assalamualaikum sahabat-sahabatku diluar sana, semoga dilindungi allah hendaknya. kembali kita sekali lagi untuk saya kongsikan nukilan saya mengenai kisah muslimin dan muslimah. Tajuk hari ini ialah :


PAHLAWAN NERAKA

 Semasa berlakunya satu pertempuran diantara para pejuang muslimin dan musyrik suatu  ketika di zaman rasullullah, terdapat seorang individu yang dikagumi oleh sahabat-sahabat rasullullah kerana keberanian dan kegagahannya di medan perang. Qotzman namanya. Semua merasakan betapa pastinya syurga akan diperolehinya sekiranya dia mati syahid di medan perang. Setelah beberapa siri peperangan yang di tempuhi oleh Qotzman, akhirnya beliau mati di medan perang.

Berita kematian Qatzman amat menyedihkan para sahabat, walaubagaimanapun mereka pasti beliau akan ke syurga kerana mati syahid. Tetapi rasullullah berkata" Sebenarnya dia (Qatzman) adalah golongan penduduk neraka. Terkejut sahabat-sahabat mendengar. Lalu mereka bertanya " Kenapa wahai rasullullah?". Semua sahabat menunggu jawapan rasullullah dengan rasa hairan dan terkejut.

Rasullullah berkata" Semasa Qotzman dan Akstam keluar ke medan perang bersama-sama, Qatzman mengalami luka teruk akibat ditikam oleh pihak musuh. Akibat tidak dapat menahan lagi keperitan dan kesengsaraan itu, beliau telah meletakkan pedangnya di atas tanah lalu membenamkan hujung pedang ke dalam dadanya. Lalu matilah Qotzman bukan kerana dibunuh musuh, tetapi membunuh diri". Betapa terkejutnya sahabat-sahabat. Astagfirullah al'azim!. Rasulullah berkata lagi " Sesunggungnya Qatzman berkata kepadaku yang dia berperang kerana menjaga kehormatan kota madinah agar tidak dihancurkan oleh kaum Quraish. bukan kerana  memelihara agama". 

Para sahabat berdiam diri dan memikirkan betapa sayangnya Qotzman tidak mendapat bau syurga kerana kalah dengan dugaan dunia.

 


Monday, January 21, 2013

Rukun Islam Dan Rukun Iman...Sudah Tersemat Dijiwa atau Sekadar Sebaris Ayat


Sebagai Seorang muslim, kita wajib mengetahui rukun Islam dan rukun Iman. Walaupun saya tahu semua suadah tahu mengenainya, saya masih mahu berkongsi sekadar mengingati sesama umat islam. Insyaallah.

5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.



6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.


Berdoa Selagi Nyawa Dikandung Badan

 
Assalamualaikum sahabat-sahabat saya diluar sana, Alhamdulillah kita masih lagi dapat bertegur sapa sesama seislam walaupun pada bila-bila masa sahaja pepohon nyawa kita boleh gugur dengan izin Nya. Pada malam tadi sebelum saya melabuhkan badan ke katil, saya menyelak sebuah buku yang memberikan kaedah berdoa mengikut adab di dalam islam. Ingin saya kongsikan.

Diriwayatkan oleh al-Hakim dan Ibn al-Dunya, Rasullullah s.a.w bersabda "Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi"

Antara adab yang elok semasa kita berdoa ialah:
  1. Berdoalah dalam keadaan tubuh badan kita berwuduk
  2. Amat molek dimulakan dengan bacaan doa dan selawat keatas nabi junjungan 
  3. Duduk menghadap arah kaabah
  4. Memohon keampunan, mengakui kesalahan diri dan berjanji tidak mengulanginya lagi
  5. Lakukan dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh
  6. Amat manis jika doa itu dilakukan dalam keadaan Khusyuk
  7. Dahulukan doa untuk diri sendiri seblum orang lain
  8. Buatlah bacaan doa sebanyak 3 kali jika berhajatkan sesuatu
  9. Hindarkan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh islam
  10. Berdoalah untuk semua umat islam , mohon kesejahteraan dan keselamatan.

Kisah-Kisah Muslimin Dan Muslimah (Siri 1)


Cerita ini berlaku semasa zaman junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Sepupu Rasullullah iaitu Zainab antara individu awal yang memeluk islam. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Zard anak angkat Rasulullah yang juga seorang bekas hamba yang telah dimerdekakan oleh Rasullullah sendiri. Walaubagaimanapun mereka akhirnya telah bercerai kerana tiada persefahaman antara mereka.

Pada ketika itu, terdapat satu adat yang agak pelik iaitu, anak angkat hendaklah dianggap seperti anak sendiri dan seorang janda atau isteri yang telah diceraikan tidak boleh berkahwin dengan bapa angkatnya. Agak menggelikan hati amalan ini sebelum nur islam tiba. Rasulullah telah mengambil langkah yang bijak dengan mencadangkan untuk memperisterikan Zainab. Sudah pastinya Rasullullah memohon memohon petunjuk darpada tuhan sekalian alam, Allah yang Maha Kuasa. Turunlah wahyu yaang membenarkan perkahwinan antara mereka. Alhamdulillah.

Zainab yang menerima khabar gembira telah menyedekahkan semua batu permata yang ada ditubuhnya kepada individu yang menyampaikan khabar tersebut. Sujud syukur kehadrat ilahi diatas nikmat yang diberikan oleh Allah. Kemewahan yang dikecapi oleh zainab merupakan hasil titik peluhnya telah dibelanjakan ke jalan Allah.

Tingginya keperibadian Zainab sehinggakan Rasullullah telah berkata Zainab  yang akan mengiringi beliau di syurga nanti, kerana sikapnya yang membelanjakan segala kemewahan dengan hati yang ikhlas . Semoga rohnya dicucuri Allah. Amin



Cahaya Hari Pertama...Alhamdulillah masih mampu tersenyum

Kesyukuran itu merupakan satu nikmat yang paling tinggi bagi setiap insan dimuka bumi ini. Kesyukuran menjadikan aku semakin kerdil disisi penciptaku. Betapa kecilnya aku rasakan diri ini apabila mengetahui betapa hidup dan mati aku dikawal oleh kuasa yang Maha Esa. Aku merasakan nyawaku yang diberikan oleh Allah ini sekadar pinjaman dan aku perlulah mengumpul segala ibadat dan amalanku supaya aku mampu membayar kembali kadar "sewaan" ini yang tidak athu berapa tinggi harganya. Setiap nafas yang ku sedut merupakan rahmat yang tak terhingga. Aku cuba membayangkan sekiranya nyawaku telah terputus daripada badan ini, apakah rohku ini cukup suci disisi Allah untuk layak aku menjenguk ke dalam Syurga Firdausnya. Mungkinkah dosa yang telah tercalit lama di jiwaku ini menjadi pakar untuk aku kearah syurga tetapi menjadi sampan yang pecah yang mengalir sungainya ke Neraka Jahanam. Na'uzubillah himin zalik. Seratus kali selawat aku ucapkan kepadamu tuhanku.



Aku bersyukur kepadamu tuhan kerana memberiku sebuah keluarga yang menyayangiku dan aku turut menyayangi mereka. Aku juga  bersyukur kepada mu tuhanku yang memberikan segala kesenangan kepada diriku dan keluargaku. Aku besyukur kepada mu tuhanku kerana memberikan aku limpahan ilmu dunia dan ilmu akhirat dengan cukup walaupun aku sedikit nsebyak melupakannya. Aku bersyukur kepadamu tuhanku kerana memberikan aku agama yang suci walaupun aku lewat mersai nikmat sebagai seorang muslim. Adakah aku telah memnsia-siakan hidupku ini? alhamdulillah tidak. Aku harungi hidup ini dengan penuh kesabaran. Pelbagai dugaan aku terima dalam mencari erti nikmat dan racun di dunia ini. Aku jatuh dan aku bangun. Aku merasai pahitnya kesalahan dan manisnya kebenaran pada masa yang sama. Hatiku semakin dahagakan ilmu sunnah  yang suatu ketika dahulu aku cuma memahaminya secara teori. Apabila ku ulitkan ia dengan gerakan fizikal dan kuhiaskan dengan ungkapan doa, baru aku rasa betapa nikmatnya menjadi seorang muslimin, pengikut nabi junjungan, Muhammad nabi mulia tiada selepasnya.

Alhamdulillah, ungkapan kata yang sering aku ucapkan setiap kali aku membuka mataku, melangkah keluar mencari rezeki, melakukan tanggungjawab kerjaku dan melakukan segala amalanku sebagai seorang muslim. Sekiranya aku terbabas, Al-quran menjadi panduanku . Sekiranya aku terlupa Sunnah menjadi rujukanku. Insyaalah

 
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

Sunday, January 20, 2013

AKU SEBAGAI MANUSIA @ AKU SEBAGAI KHALIFAH





AKU SEBAGAI MANUSIA @ AKU SEBAGAI KHALIFAH



Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum pembuka bicara kita pada hari ini

Saya ingin kongsikan pendapat saya mengenai 2 keratan ayat daripada kitab suci al-quran yang saya paprkan diatas yang menyentuh perihal manusia sebagai khalifah allah di muka bum. Sesungguhnya di awal kejadian manusia, allah telah menjadikan kita sebagai penjaga di bumi ini. Pelbagai dugaan dan cabaran berlaku semasa proses menjadikan manusia sebagai khalifah antaranya diamana Iblis tidak mahu tunduk kepada manusia kerana bongkaknya sang iblis kerana asal kejadian dirinya. Keduanya kelalaian manusia dariapada melakukan amanah yang diberikan oleh Allah. Contohnya ketika Allah mengamanahkan kepada Nabi Adam dan Hawa supaya tidak menyentuh pohon "kholdi", tetapi akhirnya tetap disentuh. Ketiganya berlakunya pembuhan pertama di dunia akibat sifat cemburu Qabiel terhadap Habiel. Cabaran-cabaran ini telah menjadi liputan sejarah yang penting di dalam kewujudan manusia dimuka bumi ini

Di dalam Al-Quran terdapat sembilan kalimah khalifah atau khalaif . Ia secara umumnya membicarakan mengenai peranan manusia seabagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian, jelas kepada kita betapa mulianya darjat manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebagai manusia, perkara ini seharusnya kita sedari dan insaf. Betapa para malaikat yang sentiasa mentaati Allah dan tidak pernah melanggar perintahnya tidak dilantik oleh Allah sebagai khalifah, sebaliknya manusia pula yang dipilih.Demikian kehendak Allah SWT. Tuhan Yang mencipta segala-galanya, Yang memiliki segala-galanya, lantas berhak secara mutlak untuk menentukan apa sahaja bagi makhluk-makhlukNya. Oleh yang demikian, kemuliaan yang begitu tinggi yang Allah SWT kurniakan kepada kita sebagai manusia semestinya dipelihara dan dikekalkan dengan iman, taqwa dan amal soleh. Tidak sepatutnya kemuliaan kita dicampur dengan keingkaran atau maksiat. Demikianlah beratnya tugas yang Allah SWT dipikulkan ke atas manusia. Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. 

Sebagai seorang khalifah tanggungjawab kita kepada yang Esa ialah :

  • Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. menerusi keimanan kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang paling sempurna.
  •  Tugas manusia yang paling besar ialah melaksanakan amanah Allah S.W.T., memelihara serta mengenal agama Allah serta ajaran-Nya
  • Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebar dan memperluaskan ajaran Islam, ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi Allah ini.
  • Sebagai khalifah Allah yang dimaksudkan dengan wakil Allah, maka manusia wajib menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:

i. Menegakkan Islam. Dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r. a. dengan menyatakan pengertian Islam kepada seluruh manusia, membuktikan kebaikan ajaran dan hukumnya di samping mempertahankannya daripada musuh.

ii. Melaksanakan Islam. Bagaimana mengamalkan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dalam semua urusan termasuk juga urusan bermasyarakat dan bernegara.


  • Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri serta keluarga daripada masuk ke dalam Neraka.
  • Tanggungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah, seterusnya kembali kepada Islam, menghayati Islam dan kembali beriman dan beramal soleh kepada Allah S.W.T. adalah tanggungjawab yang utama.
Assalamualaikum pembuka bicara, alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku menerima Nur-kiinsafan dan petunjuk semasa aku masih hidup. Saya sebagai manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan ujian sedikit sebanyak menarikku jauh daripada KeEsaan Allah. Memang benarlah keseronokan dunia membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya dan tanggungjawab kita sebagai HAMBA Allah di muka bumi ini. Bukan saya menolak 100% kelazatan  di dunia ini, cuma saya perlu menilai kembali cara hidupku dan berubah mengikut keselesaan diriku. Aku percaya, sekiranya aku berubah secara perlahan-lahan dan sepanjang proses itu aku penuhi jiwaku dengan kelazatan al-quran dan sunnah, ia lebih bermakna. Semoga Allah membantu aku sepanjang penghidupan ini dan rakan-rakanku sentiasa mengingatkan aku sekiranya gerak langkahku terbabas dari landasan yang sepatutnya. Insyaalah.