Monday, January 21, 2013

Cahaya Hari Pertama...Alhamdulillah masih mampu tersenyum

Kesyukuran itu merupakan satu nikmat yang paling tinggi bagi setiap insan dimuka bumi ini. Kesyukuran menjadikan aku semakin kerdil disisi penciptaku. Betapa kecilnya aku rasakan diri ini apabila mengetahui betapa hidup dan mati aku dikawal oleh kuasa yang Maha Esa. Aku merasakan nyawaku yang diberikan oleh Allah ini sekadar pinjaman dan aku perlulah mengumpul segala ibadat dan amalanku supaya aku mampu membayar kembali kadar "sewaan" ini yang tidak athu berapa tinggi harganya. Setiap nafas yang ku sedut merupakan rahmat yang tak terhingga. Aku cuba membayangkan sekiranya nyawaku telah terputus daripada badan ini, apakah rohku ini cukup suci disisi Allah untuk layak aku menjenguk ke dalam Syurga Firdausnya. Mungkinkah dosa yang telah tercalit lama di jiwaku ini menjadi pakar untuk aku kearah syurga tetapi menjadi sampan yang pecah yang mengalir sungainya ke Neraka Jahanam. Na'uzubillah himin zalik. Seratus kali selawat aku ucapkan kepadamu tuhanku.



Aku bersyukur kepadamu tuhan kerana memberiku sebuah keluarga yang menyayangiku dan aku turut menyayangi mereka. Aku juga  bersyukur kepada mu tuhanku yang memberikan segala kesenangan kepada diriku dan keluargaku. Aku besyukur kepada mu tuhanku kerana memberikan aku limpahan ilmu dunia dan ilmu akhirat dengan cukup walaupun aku sedikit nsebyak melupakannya. Aku bersyukur kepadamu tuhanku kerana memberikan aku agama yang suci walaupun aku lewat mersai nikmat sebagai seorang muslim. Adakah aku telah memnsia-siakan hidupku ini? alhamdulillah tidak. Aku harungi hidup ini dengan penuh kesabaran. Pelbagai dugaan aku terima dalam mencari erti nikmat dan racun di dunia ini. Aku jatuh dan aku bangun. Aku merasai pahitnya kesalahan dan manisnya kebenaran pada masa yang sama. Hatiku semakin dahagakan ilmu sunnah  yang suatu ketika dahulu aku cuma memahaminya secara teori. Apabila ku ulitkan ia dengan gerakan fizikal dan kuhiaskan dengan ungkapan doa, baru aku rasa betapa nikmatnya menjadi seorang muslimin, pengikut nabi junjungan, Muhammad nabi mulia tiada selepasnya.

Alhamdulillah, ungkapan kata yang sering aku ucapkan setiap kali aku membuka mataku, melangkah keluar mencari rezeki, melakukan tanggungjawab kerjaku dan melakukan segala amalanku sebagai seorang muslim. Sekiranya aku terbabas, Al-quran menjadi panduanku . Sekiranya aku terlupa Sunnah menjadi rujukanku. Insyaalah

 
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"

No comments:

Post a Comment