Monday, January 28, 2013

NILAI SEBENAR KEINSAFAN


Betapa indahnya nikmat yang telah Allah berikan kepada semua umat manusia tidak kira putih, coklat, hitam mahupun kelabu warna kulit kita. Yang membezakan kita hanyalah iman yang kukuh kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai cabaran dan halangan kita tempuhi semasa kita hidup di dunia ini. Kadangkala jalan penyelesaian yang kita pilih tidak mengikut panduan al-quran dan Sunnah, tetapi mengikut akal fikiran semata-mata. Alangkah ruginya kita sebagai umat islam kerana tidak mengambil Al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita. Mungkin kita merasakan penyelesaian konsevatif lebih sesuai dipilih kerana ia lebih mudah difahami berbanding penyelesaian islam.  Sebagai contoh sekiranya seseorang itu dituduh berzina, dia akan dikenakan hukuman denda mengikut nilai yang ditentukan oleh undang-undang dunia, kemuadian dilepaskan dengan harapan dia akan insaf dan tidak mengulanginya lagi. adakah kita pasti dia benar-benar insaf? adakah jumlah denda yang dibayar olehnya setimpal dengan dosa yang telah dilakukan?. Inilah persoalan yang harus difikirkan oleh kita sebagai umat islam. Pemikiran yang 'jahat' mengatakan hukuman allah tidak boleh dipraktikkan di zaman moden ini kerana ia nampak lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kemanusiaan yang bagaimana perlu dipertimbangkan untuk melaksanakan hukum allah di masa ini? Apakah perspektif kejam hanya dilihat kepada hukuman yang diberikan kepada pesalah? bukan kepada keinsafan yang diperolehinya kemudian?. Persoalan inilah yang menjadi mainan manusia yang tidak mahu melihat perubahan berlaku berpandukan norma-norma hidup islam. Betapa jahatnya golongan yang me'nidakkan' hukuman allah ini. Mereka tidak sedar bahawa keinsafan dapat dibentuk di dalam diri setiap manusia hanya dengan Hukum Allah semata-mata.

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik (Maidah: 49). 


No comments:

Post a Comment