Tuesday, January 29, 2013

Indahnya Perkahwinan..Tahniah Hidayah Azmi





Sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana sebuah masjid telah terbina kukuh di taman syurga yang bakal menyimpan seribu satu nikmat untuk pasangan bahagia. Sesungguhnya, perkahwinan itu adalah satu sunnah nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w yang dapat membentuk jati diri yang sempurna. Lelaki dan perempuan yang telah berkahwin akan dianugerahkan dengan tanggungjawab diri dengan pasangan, dengan Allah dan sesama muslim, dan sekiranya dikurniakan cahaya mata (insyaallah), maka tanggungjawab ke atas anak turut diselitkan bersama.

Firman Allah S.W.T.

'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'

(Yaasin: 36)


Walaupun saya belum lagi berkeluarga, saya pasti nikmat dapat bertemu pasangan yang "sedondon" dan serasi dalam semua perihal. Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia itu berpasangan dan menjadi tanggungjawab kita, hamba di dunia ini, mencari pasangan yang diredhainya. Sekiranya telah berjumpa, maka telah termakbullah doa hambanya yang memohon rencah manisan di dunia ini untuk mengemudi bahtera bahagia bersama-sama pasangannya ke jalan yang di redhai NYA.

Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)



 Di akhir nukilan ini, saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasangan Norhidayah dan Zairulhisyam yang melangsungkan perkahwinan pada 26 januari 2013 . Semoga cahaya kebahagiaan sentiasa menyinari disepanjang perjalanan hidup sebagai suami dan isteri.




1 comment: