Sunday, January 20, 2013

AKU SEBAGAI MANUSIA @ AKU SEBAGAI KHALIFAH





AKU SEBAGAI MANUSIA @ AKU SEBAGAI KHALIFAH



Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Assalamualaikum pembuka bicara kita pada hari ini

Saya ingin kongsikan pendapat saya mengenai 2 keratan ayat daripada kitab suci al-quran yang saya paprkan diatas yang menyentuh perihal manusia sebagai khalifah allah di muka bum. Sesungguhnya di awal kejadian manusia, allah telah menjadikan kita sebagai penjaga di bumi ini. Pelbagai dugaan dan cabaran berlaku semasa proses menjadikan manusia sebagai khalifah antaranya diamana Iblis tidak mahu tunduk kepada manusia kerana bongkaknya sang iblis kerana asal kejadian dirinya. Keduanya kelalaian manusia dariapada melakukan amanah yang diberikan oleh Allah. Contohnya ketika Allah mengamanahkan kepada Nabi Adam dan Hawa supaya tidak menyentuh pohon "kholdi", tetapi akhirnya tetap disentuh. Ketiganya berlakunya pembuhan pertama di dunia akibat sifat cemburu Qabiel terhadap Habiel. Cabaran-cabaran ini telah menjadi liputan sejarah yang penting di dalam kewujudan manusia dimuka bumi ini

Di dalam Al-Quran terdapat sembilan kalimah khalifah atau khalaif . Ia secara umumnya membicarakan mengenai peranan manusia seabagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian, jelas kepada kita betapa mulianya darjat manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sebagai manusia, perkara ini seharusnya kita sedari dan insaf. Betapa para malaikat yang sentiasa mentaati Allah dan tidak pernah melanggar perintahnya tidak dilantik oleh Allah sebagai khalifah, sebaliknya manusia pula yang dipilih.Demikian kehendak Allah SWT. Tuhan Yang mencipta segala-galanya, Yang memiliki segala-galanya, lantas berhak secara mutlak untuk menentukan apa sahaja bagi makhluk-makhlukNya. Oleh yang demikian, kemuliaan yang begitu tinggi yang Allah SWT kurniakan kepada kita sebagai manusia semestinya dipelihara dan dikekalkan dengan iman, taqwa dan amal soleh. Tidak sepatutnya kemuliaan kita dicampur dengan keingkaran atau maksiat. Demikianlah beratnya tugas yang Allah SWT dipikulkan ke atas manusia. Di tangan manusialah terletaknya kemakmuran bumi ini. 

Sebagai seorang khalifah tanggungjawab kita kepada yang Esa ialah :

  • Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. menerusi keimanan kepada Allah dan melakukan amal soleh dalam bentuk yang paling sempurna.
  •  Tugas manusia yang paling besar ialah melaksanakan amanah Allah S.W.T., memelihara serta mengenal agama Allah serta ajaran-Nya
  • Ke arah melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah ini, manusia hendaklah menyedari dan memahami bahawa kewajipan berdakwah dengan menyebar dan memperluaskan ajaran Islam, ke arah menegakkan syiar Islam serta meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi Allah ini.
  • Sebagai khalifah Allah yang dimaksudkan dengan wakil Allah, maka manusia wajib menjaga agama dengan melaksanakan dua perkara:

i. Menegakkan Islam. Dengan menyatakan kepada manusia seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r. a. dengan menyatakan pengertian Islam kepada seluruh manusia, membuktikan kebaikan ajaran dan hukumnya di samping mempertahankannya daripada musuh.

ii. Melaksanakan Islam. Bagaimana mengamalkan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya dalam semua urusan termasuk juga urusan bermasyarakat dan bernegara.


  • Bertanggungjawab menjauh dan memelihara diri serta keluarga daripada masuk ke dalam Neraka.
  • Tanggungjawab yang besar dan wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah, seterusnya kembali kepada Islam, menghayati Islam dan kembali beriman dan beramal soleh kepada Allah S.W.T. adalah tanggungjawab yang utama.

No comments:

Post a Comment